BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 3, 2011

Shaheizy Sam & Lisa Surihani Undian Tertinggi Pesona Bintang ABPBH Setakat Hari Ini

Setakat hari ini, selebriti berbakat Shaheizy Sam & Lisa Surihani menduduki undian tertinggi untuk kategori Pesona Bintang yang dianjurkan oleh Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2010).

Pesona Bintang, merupakan cabang anugerah ABPBH yang mengambil kira undian untuk selebriti yang paling aktif menggunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter & Youtube untuk berinteraksi dengan para peminat. Setakat ini, kami perasan akan selebriti yang selalu rajin membalas tweet peminat ialah Tiz Zaqyah, Diana Danielle, Aznil Hj Nawawi, Vanidah Imran, dan Awal Ashaari.

Setiap hari, anda berpeluang untuk mengundi 5 artis lelaki & wanita kegemaran anda sehingga tarikh tutup 3 April 2011.

Daftarkan diri di Pesona Bintang dan undi artis kegemaran anda, mungkin anda bertuah untuk membawa pulang sebuah iPad. Tak undi tak apa, tapi kalau artis kesayangan anda gagal meraih anugerah, jangan salahkan pihak ABPBH pula. :p


0 comments: