BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 10, 2010

Hari Ini Dan Semalam

hari ini aku bersiap ke sekolah pada pukul 6.30 pagi.maklum lah nak sembahyang dan macam macam lagi.walaupun siap awal tapi aku terlambat sikit ke sekolah.nasib cikgu tak nampak,kalau tidak mampus aku kene marah.tambahan ngan cikgu disiplin dan guru yang palin garang kat sekolah.nasib baik hari itu dia tak datang.jadi save la aku.lepas tu aku belajar sains,cikgu suruh aku bukak makmal komputer.aku pun cepat menuju ke sana.tiba di sana aku tersempak dengan seorang guru.aku memberi salam.cikgu itu membalas salamku.lepas selesai,tiba2 rakan sekelasku datang ke sana atas arahan oleh guru sains.rupanya cikgu ingin menayangkan cd sains menggunakan lcd.lepas itu ,cikgu membenarkan kami menggunakan komputer.aku cepat mencapai komputer yang paling best sekali.baru lima minit main,masa sudah tamat.aku pun menuju ke kelas untuk belajar mata pelajaran seterusnya iaiti bahasa melayu.aku ditugaskan menyimpan kertas didik yang berada di dalam surat khabar.lepas sejam belajar,kami dibenarkan rehat buat 20 minit.mata pelajaran bi adalah subjek yang menyeronokkan juga,tapi boring sikit je.selepas setengah jam ,tibalah subjek yang paling aku takuti iaitu math.bukan takut terhadap soalan tetapi takut terhadap cikgunya.tapi apa boleh buat belajar je lah.kami diberi ujian oleh cikgu tersebut.selepas siap,cikgu menyuruh kami untuk menghantar kertas itu kerana dia hendak menyemak.salah dua kali ngan 3 jadi=6.jadi 6 kali aku kena rotan.rotannya tak lah sakit sangat boleh tahan la gak.pedih sikit je.lepas math agama lak .agama ustaz menyuruh kami untuk menghafal beberapa surah untuk tujuan hafazan.aku menghafal dengan penuh teliti.kawanku yang duduk di sebelahku juga menghafal surah tersebut.tepat jam12.50.kami dibenarkan rehat buat 10 minit.jadilah.selepas itu ada kelas bi pulak.maklumlah calon upsr 2010.macam ni lah.ni je cerita hari ini bye2.esok apa lak